Bomba Perlis Lancar Ops Musim Perayaan

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 2:30 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis melancarkan 'Ops Musim Perayaan' untuk memberi perkhidmatan lebih pantas kepada orang ramai sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurut Penolong Pengarah (Keselamatan dan Kebakaran) negeri, Na Khom a/l Thiang, operasi itu bermula Isnin sehingga dua minggu selepas Aidilfitri.

Katanya sepanjang operasi berkenaan, pasukan khas peronda akan meronda di jalan utama untuk memaklumkan pusat operasi setiap balai mengenai sebarang bencana agar dapat bertindak lebih cepat.

"Cara ini diharap dapat mempercepatkan masa respons 10 minit kepada lima minit sahaja untuk pasukan penyelamat sampai di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ops itu oleh Penolong Pengarah (Operasi) negeri, Mohd Firdaus Yusof di sini, Isnin.

Menurut Na Khom, pada masa sama, cawangan Hapus Bahaya Kebakaran membuat pemeriksaan ke atas 23 premis tumpuan ramai di seluruh negeri khususnya premis perniagaan dan hotel bagi memastikan pemiliknya mematuhi Akta Kebombaan 1988.

"Mengikut akta tersebut pemilik bangunan wajib memastikan alatan pencegahan kebakaran berfungsi selain laluan kecemasan tidak dihalang supaya setiap aspek yang berisiko mengundang bahaya kebakaran dihapuskan," tambahnya.

Beliau berharap orang ramai mengutamakan keselamatan dengan memastikan kenderaan mereka selamat sebelum melakukan perjalanan, suis dan plug elektrik di rumah ditutup dan meminta jiran memantau rumah semasa bercuti.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata, dalam tempoh Ops Musim Perayaan 2013, berlaku 10 kebakaran, sembilan membabitkan operasi menyelamat dan satu kes Operasi Raya iaitu penurunan 33.3 peratus berbanding 2012 yang mencatat 27 kebakaran, penyelamatan (2) dan Ops Raya (1).




Tags / Kata Kunci: Ops Musim Perayaan , bomba , Perlis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan