PAS Pecat Tiga Orang Ahli

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 9:59 PM

Mustafa Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS telah memecat tiga orang ahlinya, termasuk Pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad kerana hilang tanpa dapat dikesan, dan disyaki disyaki terlibat dalam kegiatan yang tidak diingini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata jawatankuasa pusat parti itu telah mengesahkan pemecatan tiga ahli tersebut, selaras dengan pendirian parti yang menentang keganasan. 
Dua ahli lain yang turut dipecat ialah Muhammad Joraimee Awang Rimee, 39, dan Mohd Najib Husen, 36.

Terdahulu pada 11 Mei lali, PAS telah memecat Ustaz Mohd Lotfi Arrifin kerana dilihat bergambar dengan senjata di Syria. 

"Presiden parti, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memberi amaran ahli yang terlibat dengan pertubuhan haram akan segera dipecat. 

Mustafa berkata walaupun parti tidak mempunyai bukti yang konkrit mengenai penglibatan dalam aktiviti militan. 

Menurut beliau pihaknya telah menjalankan semakan mereka sendiri sebelum memecat tiga orang ahli yang terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao, Filipina. 

"Sumber kami juga tidak dapat memastikan sama mereka benar-benar terlibat dengan aktiviti militan, hal ini kerana pada ketika ini mereka berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi. 

"Tetapi kita memecat mereka kerana ada unsur-unsur keraguan yang munasabah yang telah dibangkitkan," katanya.

Bagaiamanapun, Mustafa berkata mereka yang telah dipecat boleh mengemukakan rayuan dengan menunjukkan nama benar-benar bersih.

Mahmud atau lebih dikenali sebagai Abu Hanzalah, 36, seorang pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. 

Najib pula memiliki sebuah kedai alat tulis di UM. 

Sementara Joraimee, pula merupakan seorang pekerja di Majlis Daerah Selayang, dan tinggal berhampiran dengan rumah Mahmud. 

Hadi telah memberi amaran bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat mereka yang terliba
Tags / Kata Kunci: pecat , ahli , militan , PAS , Mustafa Ali

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan