NGO Jangan Gerak Sendiri Ke Gaza - Abdul Azeez

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:16 PM

Kemusnahan akibat kekejaman tentera Israel di Gaza menyebabkan rakyat Palestin menderita.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang berhasrat membantu rakyat Palestin yang kini menjadi mangsa kekejaman tentera Israel, disaran tidak bergerak sendiri ke negara bergolak itu.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keadaan di negara berkenaan ketika ini masih bergolak, justeru perancangan teliti dan aspek keselamatan perlu dititikberatkan sebelum berlepas ke sana.

"Biro Kebajikan Umno berharap semua NGO di negara ini yang ingin ke Gaza, jangan bertindak terburu-buru, sebaliknya duduk sekali untuk berbincang, kita wujudkan satu sekretariat dan ketepikan sempadan politik.

"Setahu saya, setakat ini belum ada yang bergerak sendiri tetapi ada yang sudah membuat pengumuman (untuk pergi), sebab itu saya cadangkan kita duduk berbincang bersama.

"Dan pergi ke sana di bawah satu panji dan semangat Malaysia, bukan pergi atas nama parti untuk membantu rakyat Palestin yang menderita," katanya kepada pemberita selepas membawa 120 anak yatim dari kawasan Parlimen Baling membeli pakaian di sebuah gedung pakaian di sini, semalam.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia berkata, beliau sedang bersiap siaga untuk melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza bersama-sama doktor pakar, sukarelawan dan petugas media.

"Sekarang kita sudah ada 23 doktor pakar yang mendaftar untuk pergi, ada juga beberapa NGO yang menawarkan diri untuk turut serta. Kita masih memerlukan khidmat sukarela daripada lebih ramai doktor pakar (pelbagai bidang) untuk turut serta dalam misi ini," katanya.

Menjelaskan mengenai program anak yatim itu, Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling berkata, program tahunan Pejabat Umno Bahagian Baling dan Biro Kebajikan Umno Bahagian Baling itu bertujuan meraikan golongan itu agar mereka dapat berhari raya sama seperti rakan sebaya mereka yang mempunyai ibu bapa. 


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan