Masa Depan Khalid Diketahui Sebelum Aidilfitri

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 2:10 PM

Abdul Khalid Ibrahim
(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dijangka diputuskan menjelang sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi mencapai kata putus mengenai kemelut kepimpinan Abdul Khalid.

"Kita serah kepada Majlis Presiden, mereka adalah pemutus apa-apa keputusan.

"Saya mengharapkan sebelum raya ini ada satu mesyuarat...saya jangka. Tapi belum kita tentukan tarikhnya lagi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.
Ditanya sama ada Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat turut membuat pendirian mengenai krisis politik di Selangor, Mustafa bagaimanapun menolak mengenainya.

"Kita tak bincang mengenai isu ini, kita serah ke peringkat lebih tinggi.

"Kami (Majlis Setiausaha) tidak boleh buat pendirian berasingan," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini Abdul Khalid menerima tekanan kuat daripada ahli partinya sendiri supaya melepaskan jawatan Menteri Besar berikutan kegagalannya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Malah maklumat palsu mengenai Abdul Khalid turut disebarkan termasuk dengan mengaitkan kononnya pihak Istana Selangor memperkenan perletakkan jawatan Menteri Besar itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan