Isteri Konstabel Zakia Harap Suami Pulang Sebelum Aidilfitri

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 5:16 PM

DOA ISTERI...Sharifah Erna Berson, 22, memangku anaknya Muhamad Hisyam Izzuddin, 4 bulan bersama ibu mertuanya Juna Gumbur, 54, tidak jemu-jemu menunggu berita tentang Kons Zakiah Aleip di rumah mereka di Sabah. -foto NORMIMIE DIUN / The Star

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Sharifah Erna Berson hanya mempunyai satu harapan pada Aidilfitri hujung bulan ini iaitu merayakannya bersama suami Konstabel Zakia Aleip.

"Saya adalah insan paling gembira apabila suami dapat pulang beraya bersama pada Aidilfitri ini," katanya.

Zakia, 26, dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna dua hari lepas.

Kejadian 11.10 malam itu mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.

Sharifah Erna yang ditemui di kediamannya berkata beliau dan anak lelakinya yang berusia empat bulan akan mengikut ibu bapa mentuanya kembali ke Kota Kinabalu pada Isinin.

"Saya tidak senang duduk seorang diri di sini. Ibu bapa saya juga berada di Kota Kinabalu," katanya.

Ditanya sama ada suaminya menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar bertugas di Pulau Mabul pada Jumaat lepas, wanita itu berkata keadaan Zakia seperti biasa.

"Dia cuma kelam kabut sedikit kerana sudah terlambat untuk ke sana," katanya.

Ditanya mengenai panggilan telefon oleh suaminya tidak lama selepas dilarikan, Sharifah Erna bagaimanapun enggan mengulas.

Beliau sebaliknya meminta semua pihak terutama media agar mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

Zakia, 26, yang berasal dari Tenghilan, Tamparuli bertugas sebagai Konstabel Radar Ploter Bot RH40, Unit Pencegahan Jenayah Perairan (Marin) Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas Pasukan Polis MarindiPulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: Pulau Mabul

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan