Industri Perlu Lantik Eksekutif Halal Demi Jamin Integriti - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 11:07 PM

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

BANGI:  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak industri memberi perhatian serius terhadap pelantikan eksekutif halal berdasarkan keperluan industri dalam meningkatkan integriti selain mencapai sifar kesilapan dalam penghasilan produk halal. 

Beliau berkata pelantikan itu perlulah merangkumi eksekutif halal sepenuh masa, penasihat syariah, panel syariah, dan pengerusi syariah. 
 
"Pelantikan itu dapat membantu pihak industri dalam mengurus dan mengekalkan status pensijilan halal dan mampu mencapai kualiti serta mengelak berlaku sebarang kontaminasi haram," katanya dalam ucapannya pada pelancaran Program Latihan Eksekutif Halal dan buku 'Isu Halal Kontemporari' di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Bassori Abu Hassan. 

Program latihan Eksekutif halal dianjurkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA) bagi memberi pendedahan kepada eksekutif halal untuk memahami asas saintifik dan perspektif syariah dalam isu halal. 

Program dua hari itu, yang bermula September ini dengan penganjurannya empat kali dalam tempoh dua tahun, dibuka kepada eksekutif halal yang mempunyai latar belakang dalam bidang syariah atau pengajian Islam. 

Jamil Khir berkata pelantikan eksekutif halal juga dapat mengelak pergantungan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAIN) dalam memastikan pensijilan halal memenuhi hukum syarak.
 
"Ini kerana eksekutif yang dilantik mampu melaksanakan tugas tersebut bersama jawatankuasa dalaman yang dibentuk," katanya. 

Beliau turut meminta Jakim supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pemegang sijil halal yang melanggar dasar syariah yang ditetapkan berdasarkan Pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. 

Tags / Kata Kunci: industri halal , Jamil Khir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan