Dunia Arab Perlu Bantu Penduduk Gaza - Dr Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dunia Arab sepatutnya menolong penduduk Gaza di Palestin yang diserang rejim Zionis Israel dan bukannya mengambil sikap berdiam diri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara-negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam perlu menghulurkan bantuan kepada rakan mereka yang kesusahan termasuk dengan menghantar bekalan makanan dan ubat.
 
"Amat sedih apabila bekalan makanan dan ubat tidak dapat masuk ke Gaza, disekat oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan Gaza," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata sikap masyarakat Islam yang bermusuhan sesama sendiri juga menguntungkan musuh Islam yang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Selain itu, katanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak mempunyai fungsi untuk membantu penduduk Gaza yang diserang rejim Zionis Israel sejak sekian lama.

Laporan media menyatakan 172 rakyat Palestin terbunuh dan 1,230 orang cedera sejak Israel menyerang Gaza melalui operasi dikenali sebagai "Operation Protective Edge" pada Selasa.

Sementara itu, Dr Mahathir beliau berharap ugutan bunuh terhadap anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz yang dibuat menerusi laman sosial beberapa hari lepas hanyalah sekadar ugutan.
 
"Saya tak taulah kalau beliau (Mukhriz) ada salah tapi setakat yang saya tahu beliau cuba nak berkhidmat untuk rakyat. Terpulang kepada orang lain... kadang-kadang orang buat baik pun ada musuh juga. Bagi saya ini perkara biasa. Orang Malaysia taklah ganas sangat," katanya.

Baru-baru ini, lebih 20 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak terhadap pemilik akaun Facebook "Padi Jantn" bagi mendesak supaya dia ditahan atas tindakan melampaunya membuat ugutan terhadap Mukhriz dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah di laman sosial Facebook Jumaat lepas.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook itu yang berasal dari Jalan Tambang Badak, Alor Setar ditahan di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor kira-kira 5.45 petang semalam.

Hari ini, lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu. 

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menyambut baik pembinaan Kompleks Pekan Rabu yang baharu bagi memberi keselesaan kepada pengunjung tempatan dan luar yang mengunjungi kompleks tersebut.

Katanya pembinaan semula kompleks itu dapat mempertingkatkan standard Pekan Rabu seiring dengan perkembangan ekonomi pada masa kini.

Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu bernilai RM53 juta itu di sini akan bermula mengikut jadual pada November ini.

Dr Mahathir mempunyai hubungan yang istimewa dengan Pekan Rabu kerana beliau pernah berniaga pisang goreng di situ semasa zaman pendudukan Jepun di Malaysia.


Tags / Kata Kunci: Gaza , Palestin , Arab , Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan