'Regina Gembira Bercuti Di Pulau Rawa'

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 8:46 AM

Regina Soosalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Model warga Estonia, Regina Soosalu, yang ditemui mati di sebuah pantai di Pulau Rawa pada 1 Julai lalu, dikatakan gembira untuk bercuti di pulau itu, kata keluarganya.

Seorang ahli keluarganya berkata, Soosalu kali terakhir menghubungi mereka pada 27 Jun lalu.

"Regina bercakap dengan ibunya dan dia kedengaran sangat gembira pada hari itu.

"Dia beritahu kami mengenai kunjungannya ke Pulau Rawa dan gembira untuk pergi menghabiskan cuti pendek di pulau itu," kata seorang ahli keluarga dari Estonia yang enggan dikenali, menerusi satu kiriman emel pada Sabtu.

Beliau yang rapat dengan model itu berkata, keluarganya begitu sedih apabila mendapat tahun mengenai kematian model itu dan berharap mayatnya dapat dihantar pulang ke Estonia secepat mungkin.

Polis menahan seramai tujuh orang untuk disoal siasat berkaitan kematian wanita yang sebelum itu dikatakan mati lemas.

Bagaimanapun, kesan kecederaan pada badannya telah memberi petunjuk bahawa kematiannya kerana dibunuh.

Antara ditahan adalah teman lelaki Soosalu, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Johor.

Ahli keluarga Regina berkata, keluarga Soosalu di Estonia cuba untuk 'mengunci mulut' apabila banyak persoalan dibangkitkan berhubung kematian model itu.

Keluarganya berkata, mereka menghargai pegawai di kedutaan Estonia di Beijing kerana sering memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan.

"Kami juga turut menghargai rakan-rakan Regina yang menghantar mesej dan membuat panggilan kepada kami selepas mendengar tentang kematiannya," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan ketika dihubungi berkata, tiada tangkapan baharu dan mereka yang ditahan masih disoal siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan