PM Berbuka Bersama Rakyat Kuantan

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 9:21 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) berbuka puasa bersama penduduk Kuantan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MKP) Satu di Kuantan pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kuantan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1, di sini.

Mereka yang menyertai majlis itu kelihatan begitu teruja dengan kehadiran secara mengejut pemimpin nombor satu negara itu bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu, dan Rosmah turut bersila di atas padang untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama rakyat, di samping Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Perdana Menteri meluangkan masa selama 15 minit sebelum beredar ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 untuk menunaikan solat Maghrib bersama isteri dan para jemaah lain.

Sebelum itu, Najib dan Rosmah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di masjid itu.

Sementara itu, Mohd Faizal Ismail, 32, yang ditemui berkata, beliau tidak menyangka Perdana Menteri sudi untuk berbuka puasa bersama rakyat tanpa sebarang meja khas disediakan.

"Saya kagum apabila Perdana Menteri juga boleh bersila bersama-sama rakyat untuk berbuka puasa di padang tanpa ada layanan khas.

"Ini menunjukkan beliau merupakan seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas berbukas.

Mohd Faizal yang datang ke situ bersama keluarga berkata, majlis berbuka puasa di Padang MPK itu bukan perkara asing bagi penduduk Kuantan, namun ia amat istimewa hari ini kerana kehadiran Perdana Menteri. 


Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , Berbuka , Kuantan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan