Jangan Perlekeh Usaha PDRM Banteras Judi, Militan - Berita Semasa | mStar

Jangan Perlekeh Usaha PDRM Banteras Judi, Militan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 6:10 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras sindiket perjudian, dadah, kongsi gelap dan militan melalui pelbagai operasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu, beliau meminta pihak tertentu supaya tidak memperlekehkan usaha PDRM dengan menyifatkan operasi pihak berkuasa sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'.

"Jangan ingat bila kenyataan (media) agak berkurangan, operasi ini tidak berjalan...kami maklumkan hasil kejayaan operasi dari semasa ke semasa.

"Pihak tertentu juga tidak wajar melemparkan tuduhan kepada polis termasuk Ketua Polis Negara dengan menyifatkan operasi mereka sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di Dewan Wisma Umno di sini, Sabtu.

Beliau turut mengingatkan pigak berkenaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supata tidak merendahkan usaha PDRM dengan pelbagai dakwaan kononnya berkompromi dalam menjalankan tindakan.

"Jika menuduh ada pegawai atau anggota polis bersekongkol dengan sindiket perjudian, berikan kami bukti, dan kami tidak akan menoleh ke belakang untuk mengambil tindakan disiplin dan undang-undang terhadap pihak terlibat," katanya.

Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak mahu anggota dan pegawai polis terbabit dalam perbuatan seperti itu yang dianggapnya sebagai 'tali barut' atau 'pagar makan padi'.

Sementara itu, beliau berkata polis mempergiat usahanya menjejaki mereka yang tersenarai sebagai suspek dalam kegiatan kumpulan militan di negara ini.

Beliau memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus mengesan suspek sama ada yang melatih, dilatih atau mendapat latihan di luar negara.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , PRDM , judi , militan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan