Rundingan Dengan Belia Mengenai Rang Undang-Undang Harmoni Nasional

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 10:51 PM

Saifuddin (kiri) mengadakan rundingan dengan Akademi Belia dan ALSA mengenai Rang Undang-Undang Harmoni Nasional. - foto M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC), Akademi Belia dan Persatuan Pelajar Undang-undang Asia (ALSA) pada Sabtu secara bersama menganjurkan perundingan awam beliau menganai Rang Undang-undang Harmoni Nasional.

Sesi perundingan itu bertujuan melibatkan belia dengan penggubal dasar selain mengumpul makluman balas dan syor daripada belia berhubung draf rang undang-undang itu.

Anggota panel sesi terdiri daripada anggota NUCC Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota jawatankuasa undang-undang dan dasar NUCC Mohd Zharif Badrul. 

Kira-kira 30 penuntut dari pelbagai institusi pengajian tinggi menghadiri sesi perundingan awam itu untuk berkongsi pandangan dan mengemukakan soalan, termasuk pertanyaan sama ada NUCC merujuk kepada mana-mana akta serupa di negara lain dalam menggubal Rang Undang-undang Harmoni Nasional.

Ketika menjelaskannya, Saifuddin berkata antara negara yang Malaysia rujuk bagi penggubalan rang undang-undang itu ialah Singapura, United Kingdom, Kanada dan Afrika Selatan.

Pada sidang media kemudian, Saifuddin berkata satu daripada cadangan daripada Akademi Belia pada perundingan hari ini (Sabtu) ialah mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang melakukan kesalahan hasutan terhadap Sultan.

Pada masa ini, mereka yang membuat apa-apa kenyataan menghasut mana-mana Sultan boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan