DDEC Rai 70 Anak Yatim, Asnaf Al-Nasuha Berbuka Puasa

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 3:00 AM

Sebahagian penghuni Al-Nasuha yang masih memerlukan bantuan orang ramai untuk hidup dengan lebih selesa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Pinggiran Batu Caves diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) di sini malam Jumaat.


Ketua Pegawai Eksekutif DDEC, Datuk Abdul Rahim Hassan turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pertubuhan itu bagi membantu meringakan beban mereka yang menetap di dua buah rumah sewa di Gombak yang tidak diselenggarakan dengan baik dan tidak dilengkapi perabot yang sempurna.

Menurut DDEC dalam satu kenyataan di sini, ini adalah kerana pertubuhan itu tidak menerima sebarang penajaan dan sumbangan dana yang tetap.

Segala kos operasi dibiayai oleh orang ramai melalui wakaf dan sedekah di mana aliran wang masuk adalah tidak menentu.

Menurut DDEC, orang ramai atau badan korporat yang ingin menderma boleh ke pertubuhan itu di alamat No. 5 Jalan GP 3/3, Taman Gombak Permai atau menyumbang bantuan kewangan menerusi akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di no akaun 564829000530.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan