Mapim Hantar Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 4:01 PM

Timbunan al-Quran yang musnah dikumpul hasil kekejaman tentera Israel di Palestin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu pasukan khas ke Gaza, Palestin Selasa ini, dalam misi menyalurkan bantuan kepada penduduk di negara bergolak itu.


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas ini juga untuk meninjau situasi dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana.

"Kita sedang melaksanakan persiapan sebelum menghantar pasukan ke sana yang terdiri daripada Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim dan beberapa sukarelawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin; Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz; Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria dan Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jama'iy), Zulkifli Ibrahim.

Sani Arabi berkata, pihaknya juga sedang mengumpul derma untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza.

"Saya dan sukarelawan lain akan menyusul ke Gaza bagi membawa dana bantuan yang berjaya dikumpulkan. Kita berharap dalam tempoh beberapa hari ini, kita dapat mengumpul banyak dana untuk dibawa ke sana," kata Sani Arabi.

Terdahulu Mapim, Teras, Salimah, Jama'iy dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan mesyuarat khas dan membangkitkan beberapa isu antaranya menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera meluluskan resolusi mengutuk dan menghentikan keganasan Israel dan serangan ke atas Gaza.

NGO itu turut menuntut supaya sempadan Rafah dibuka dan membenarkan akses kepada orang ramai membawa masuk barangan ke Gaza dan menyeru agensi antarabangsa dan kerajaan memberikan sokongan moral dan material kepada perjuangan Palestin.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi menyeru orang ramai menyertai Mapim dan pelbagai NGO untuk turut serta dalam perhimpunan 'Pray For Gaza' di Dataran Kemanusiaan, Shah Alam, 18 Julai ini.

"Perhimpunan ini yang akan bermula pada 3 petang, juga merupakan satu misi kemanusiaan NGO untuk mendoakan penduduk Gaza serta mengumpul dana melalui jualan amal yang akan diadakan," katanya.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan