Perketat Proses Pemberian Sijil Halal

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 10:29 AM

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada Pengulu Taman Desa Asnaf Norshahidi Saman, 45 (kiri) pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama Asnaf di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup dekat Padang Besar, Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah proses pemberian Sijil Halal hendaklah diperketat dengan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan.

Baginda bertitah aspek kandungan ramuan, proses sembelihan, pengeluaran, kebersihan premis, persekitaran dan rantaian pergerakan produk akan membuatkan industri berlumba-lumba memberikan kualiti terbaik untuk memenuhi tuntutan halal.

Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk bukan sahaja halal bahkan menepati kriteria bersih, selamat dan mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.'
 
"Peranan kita memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kekal sebagai paling dihormati sangat besar kerana banyak negara termasuk negara bukan Islam kini cuba menjadi pelopor industri halal.

"Negara akan rugi jika tiada usaha ke arah itu dilaksanakan dengan tegas kerana produk yang mendapat Sijil Halal boleh menembusi pasaran seluruh dunia," titah Syed Faizuddin ketika merasmikan masjid Al-Mustaghfirin dan penyampaian sumbangan asnaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 2014/1435H, Bukit Chabang di sini malam Khamis.

Baginda mahu isu halal diberikan fokus dan kedudukan negara sebagai hab halal diperkukuhkan seiring dengan isu halal yang menjadi topik dalam dunia Islam masa kini.

Menurut Syed Faizuddin, Malaysia merupakan hab dan perintis sijil halal di dunia menyebabkan segala piawaian berkaitan Pensijilan Halal Malaysia diterima dan diguna pakai oleh negara-negara Islam dan bukan Islam.

Produk halal yang ada masih tidak mampu memenuhi permintaan 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan ini membuka peluang luas untuk usahawan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, titah baginda.

Berhubung industri halal di Perlis, baginda gembira kerana ia semakin berkembang dan terdapat pengusaha dalam industri halal sektor Multinasional, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Industri Kecil serta Industri Mikro.

Dalam pada itu, baginda melahirkan syukur dan terima kasih dengan Takaful Ikhlas Berhad yang menyumbangkan RM50,000 bagi program-program kemasyarakatan di Perlis tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan