PAC Sokong Maklumat Enam Projek Pembinaan Kampus UiTM Didedah Kepada Umum

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kerajaan mendedahkan kepada umum enam projek konsesi pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diberikan secara rundingan terus.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini untuk mengelakkan tanggapan negatif masyarakat bahawa kerajaan mengamalkan unsur kronisme dan salah guna kuasa dalam pemberian projek-projeknya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini ketika menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan yang mahukan pendedahan umum itu dibuat.

Nur Jazlan berkata walaupun penjelasan mengenai projek berkenaan telah diberikan, ia masih tidak menjawab pelbagai soalan terutamanya tentang sebab projek itu diberikan secara rundingan terus.
 
"Walaupun projek itu dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), ia masih boleh dilakukan secara tender terbuka bagi membolehkan kerajaan melihat keupayaan syarikat yang akan melaksanakannya secara keseluruhan terutamanya dari aspek kewangan dan pengalaman," katanya.

Selain itu, Nur Jazlan juga mahu kerajaan berhati-hati dengan pelaksanaan projek menggunakan kaedah PFI kerana telah beberapa kali kerajaan terpaksa menjadi penyelamat apabila syarikat swasta yang diberi tanggungjawab gagal melaksanakannya.
 
"Contoh terbaik ialah projek Mass Rapid Transit yang bernilai kira-kira RM40 bilion yang pada mulanya dilaksanakan secara PFI tetapi terpaksa diambil alih oleh kerajaan dengan menubuhkan MRT Corp," katanya.

Tags / Kata Kunci: UiTM , PAC

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan