Umno Kutuk Kekejaman Rejim Zionis Terhadap Palestin - Najib - Berita Semasa | mStar

Umno Kutuk Kekejaman Rejim Zionis Terhadap Palestin - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 8:23 PM

-Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur pada Khamis. Turut kelihatan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno (MT) pada Jumaat mengecam tindakan kejam rejim Zionis menyerang penduduk Palestin di bumi Gaza.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu menyokong pendirian kerajaan dengan menyokong teguh perjuangan Palestin.

"Kita menentang kekejaman Zionis terhadap serangan ke atas orang awam yang menyebabkan ramai nyawa orang awam terkorban.

"Umno akan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada mereka,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn pada Jumaat.

Perdana Menteri memberitahu,  Umno akan turut menggerakkan semua ahli parti untuk mengadakan solat hajat di peringkat bahagian seluruh negara.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata pihaknya telah mengerahkan 40,000 tentera bagi melancarkan serangan darat pula ke Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'.


Tags / Kata Kunci: Umno , Palestin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan