Guru Baling Kasut Kepada Pelajar Telah Dipindahkan - Kamalanathan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 11:04 PM

P. Kamalanathan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tindakan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan yang didakwa membaling kasut kepada seorang murid tahun dua tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan.

Katanya beliau sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku dan guru terbabit telah dipindahkan ke sekolah lain.
 
"Kementerian tidak akan membiarkan kelakuan seperti itu. Kami tidak memandang perkara ini secara ringan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah akan melakukan siasatan dan akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib. Jawatankuasa tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, seorang murid perempuan berusia lapan tahun menerima tiga jahitan di dahi kanannya selepas terkena kasut yang dikatakan dibaling guru lelaki itu yang sedang mengajar di dalam kelasnya.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, murid itu sedang bermain di dalam kelas bersama dua lagi rakannya sehingga membuatkan guru lelaki terbabit hilang sabar dan membaling kasut dan terkena dahi murid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan berkata kementerian telah mengenakan tindakan awal terhadap seorang guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK)

Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang yang menengking murid dan guru besar.

Beliau berkata guru terbabit telah dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di "pool" bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan
 
"Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib," katanya.

Video perbuatan guru itu yang tersebar di laman YouTube sejak 6 Julai lepas, menjadi perhatian ramai terutama pengguna laman sosial yang memberi pelbagai reaksi terhadap kes itu.

Tags / Kata Kunci: baling kasut , Kamalanathan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan