Ahli Umno Diingat Berhati-Hati Keluarkan Kenyataan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 10:00 PM

Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama wakil pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno supaya sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau pendapat kerana pandangan mereka itu boleh memberi kesan terhadap pandangan pihak luar kepada parti itu.

Sesuatu pandangan yang dibuat oleh Ahli Umno tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti, kata Najib yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini hari ini.


Beliau berkata ini adalah kerana kenyataan yang mereka keluarkan itu sedikit sebanyak mencerminkan kepada orang luar mengenai Umno, Majlis Tertinggi Umno dan kedudukan seseorang pemimpin parti itu.
 
"Sebagai contoh sekiranya kita Anggota Parlimen, apa yang kita suarakan itu mereka di luar akan melihat (sebagai) kewibawaan Anggota Parlimen Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang berkata dalam catatan Twitternya "Well done...Bravo...Long live Hitler.." sejurus selepas pasukan bola sepak Jerman menewaskan Brazil 7-1 pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala Dunia, Rabu lepas.

Najib berkata Umno tidak mempunyai perundangan spesifik bagi menghukum anggotanya yang mengeluarkan pandangan di laman sosial yang disifatkan bertentangan dengan prinsip parti.

Bagaimanapun, beliau berkata setiap ahli Umno kini menyedari perkara itu, dan mereka tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan dan pandangan menyalahi prinsip dan dasar parti.

 
"Sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk menegur beliau (Bung Moktar), dan beliau telah minta maaf dan menarik semula kenyataan itu," katanya.

Bung Moktar sebelum ini dikecam pelbagai pihak ekoran catatan Twitterya itu yang dianggap memuji atau menyatakan sokongan terhadap rejim fasis Adolf Hitler.

Pada Khamis, Najib berkata di laman Twitternya bahawa komen-komen yang dibuat oleh Bung Moktar "tidak boleh diterima dan salah", dan Anggota Parlimen Kinabatangan itu "akan menarik balik" komennya itu.


Tags / Kata Kunci: Najib , Bung Mokhtar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan