Ziarah Ramadan JKM Kedah Bantu 30 Orang Kurang Berkemampuan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 2:30 AM

Gambar Hiasan. Suraya (tengah) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

(Ubah saiz teks)

YAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah memberikan bantuan kepada 30 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dari enam daerah di negeri ini meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadan tahun ini.


Menerusi program Ziarah Ramadan itu, golongan kurang berkemampuan dari Yan, Pendang, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kota Setar itu menerima sumbangan berbentuk barang makanan dan wang tunai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, JKM sentiasa peka dengan golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.

"Terima kasih kepada JKM Kedah yang memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga ataupun wang ringgit untuk kita hulurkan kepada golongan-golongan yang memerlukan terutama untuk bulan Ramadan ini.

"Bantuan seperti ini bukan sahaja bermakna untuk mereka yang menerima. Kita juga dapat memberi mesej khususnya kepada masyarakat Kedah tentang usaha (membantu masyarakat), dan keikhlasan lebih penting dan bermakna," katanya pada majlis melepaskan konvoi Ziarah Ramadan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)Nur Kasih, Pekan Sungai Limau di sini, baru-baru ini.

Seorang penerima bantuan, Anisah Abu Kasim, 36, dari Kampung Tengah, Sungai Limau Dalam melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak JKM Kedah yang berkunjung ke rumahnya bagi menghulurkan bantuan tersebut.

Anisah yang mempunyai seorang anak perempuan kurang upaya (OKU), Najwa Mohd Salleh, 15, juga tidak bekerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selepas terlibat dalam kemalangan tahun lepas.

Dia yang kini tinggal dengan ibu bapanya selepas berpisah dengan suaminya kira-kira 11 tahun lalu hanya mengharapkan bantuan bulanan RM300 daripada Bantuan Penjagaan OKU Terlantar.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan