Dahulu Pekerja Abang, Kini Tauke Enam Gerai

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Bermula dengan hanya sekadar membantu perniagaan menjual kebab, roti John dan burger milik abangnya, Zulkifli Ramli, 29, kini boleh berbangga dengan usahanya apabila memiliki enam gerai sendiri.

Atas usaha dan kerja keras, Syarikat Zul Original Recipe yang dimilikinya kini mampu membuka cawangan Zul's Kebab di beberapa lokasi sekitar daerah Kulim, Kedah dan Parit Buntar, Perak.

Beliau mula terlibat dengan penghasilan makanan itu sejak berusia 15 tahun ketika membantu abangnya Mohd Azrul Azmi, 38, dan telah memulakan perniagaan sendiri enam tahun lepas.

"Ketika itu saya cuma membantu abang saya bekerja secara sambilan di gerainya yang terletak bersebelahan bangunan lama Umno Kedah Selatan di Jalan Tunku Abidah. Saya cuma tumpukan minat berniaga makanan ini selepas saya tamat pengajian dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim sejak 2008.

Ketika itu (mula-mula berniaga) inti daging kebab dan burger saya perolehi daripada wakil yang menyediakan adunan-adunan berkenaan dan setelah lebih lima tahun barulah saya mampu membeli sebuah mesin memproses daging secara kecil-kecilan," katanya.

Beliau kini memiliki sebuah mesin memproses daging kebab dan burger hasil bantuan Risda bernilai RM10,000 untuk kemudahan kerja pihaknya dan kini sebanyak 300 kg daging lembu dan lebih 200 kg ayam mampu diproses sebulan.

Zulkifli yang memiliki diploma dalam bidang perakaunan berkata untuk menguruskan gerai-gerai berkenaan, beliau kini menggaji 21 pekerja, selain dibantu isterinya Nurul Misarah Osman, 30.

Katanya gerai-gerai berkenaan mencatatkan jualan kira-kira RM300 sehari bagi setiap gerai.

Setelah memiliki mesin pengisar daging besar dan kecil serta mesin pemotong daging, Zulkifli berhasrat untuk menambahkan produknya dengan membekalkan daging yang telah diproses kepada gerai menjual kebab dan burger sekitar daerah Kulim.

"Kini terdapat tiga gerai yang menjadi pelanggan daging yang diproses dan sebuah kedai yang menjual produk sejuk beku turut menjadi ejen penjual pihak kami," katanya.

Zulkifli berkata syarikatnya juga turut menerima tempahan untuk majlis jamuan kenduri atau perjumpaan daripada syarikat swasta dan individu.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi beliau melalui talian 019-5419961 atau menerusi Facebook Zul's Kebab dan blognya zuloriginalrecipe.blogspot.com.

Tags / Kata Kunci: Kulim

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan