Kekasaran Pelatih Perubatan Punca Pesakit Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang anak pada Khamisi mendakwa tindakan tergesa-gesa seorang pelatih perubatan di sebuah hospital di sini mencabut beberapa wayar termasuk wayar ECG pada badan ibunya telah menyebabkan ibunya meninggal dunia.

Dakwaan itu dibuat Wong Kok Yew, 48, berhubung kematian ibunya Agnes Liu Soo Thye, 76, yang dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 malam pada 15 Mac lalu akibat jangkitan paru-paru bernanah.

Ibunya meninggal keesokan harinya.

"Kira-kira pukul 5 pagi, seorang daripada empat pelatih yang datang ke katil ibu saya telah mencabut beberapa wayar dalam keadaan kelam-kabut. Ibu saya yang sedang lena ketika itu terkejut dan badannya menggigil kerana menahan kesakitan.

"Semua meter pada mesin yang ditempat di sekeliling katil ibu saya turut terjejas bacaannya. Namun doktor mengesahkan ibu saya mati mengejut," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional di sini.

Beliau mendakwa pelatih berkenaan mencabut wayar ibunya kerana pesakit di katil sebelah ibunya berada dalam keadaan kecemasan dan memerlukan wayar tersebut.

"Ibu saya sudah tua dan mempunyai kulit nipis dan sensitif, sudah tentu dia terkejut apabila wayar pada badannya ditarik secara kasar.

"Saya juga tidak berpuas hati dengan cara mereka mengambil sampel darah ibu saya sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan," katanya.

Wong berkata beliau telah meminta penjelasan daripada pihak hospital berkenaan namun tidak mendapat maklum balas.

Pengerusi pusat khidmat berkenaan, Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya juga menghantar surat kepada pihak hospital untuk meminta penjelasan"Pihak kami banyak menerima aduan berkaitan perkhidmatan tidak memuaskan hospital itu termasuk layanan kasar kepada pesakit," katanya.


Tags / Kata Kunci: Hospital , Pelatih Perubatan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan