Bekas Adun Bayu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Salleh Yaakob, 63, (gambar) meninggal dunia di rumahnya di Kampung Carok Putih, Mukim Siong di sini.

Allayarham meninggal kira-kira 5 pagi Khamis berikutan masalah kesihatan yang dihidapinya sejak beberapa bulan lepas.

Adik Allahyarham, Mohd Taufik berkata abangnya dimasukkan ke Hospital Baling pada Isnin lepas akibat masalah jantung tetapi dibenarkan keluar pada Rabu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Kampung Carok Putih.

Turut menziarahi jenazah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi Daim.

Salleh memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bayu pada pilihan raya umum 2004 menewaskan calon PAS Datuk Taib Azamuddin Mohd Taib dengan majoriti 1,786 undi.

Allahyarham meninggalkan isteri Azidah Ahad, 56, tiga anak dan seorang cucu.


Tags / Kata Kunci: Adun Bayu , Baling , Siong

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan