Abdul Hamid Tolak Jawatan Pengerusi JKMPKA, Bukan MKPN

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 9:36 PM

Tun Abdul Hamid Mohamad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang dilaporkan menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), pada Khamis berkata berlaku kesilapan dalam kenyataannya pada 2 Julai lalu.

Beliau menjelaskan tawaran yang ditolak sebenarnya adalah jawatan Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) atau yang mempunyai nama lebih kurang seperti itu.

"Sebenarnya saya tersilap dalam merujuk kepada MKPN dalam ayat itu. Saya sepatutnya merujuk kepada JKMPKA.

"Jawatankuasa itu juga terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Saya memohon maaf di atas kesilapan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bekas Ketua Hakim Negara itu dalam rencana bertajuk "Saya tidak mahu jadi pengkhianat" yang siarkan Utusan Malaysia pada 2 Julai lalu menyatakan menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN (sebenarnya pengerusi JKMPKA) kerana tidak mahu diperalatkan oleh pihak tertentu.

Abdul Hamid menarik perhatian apabila menjelaskan bahawa selain daripada bertanya mengenai bidang tugas dan aktiviti jawatankuasa berkenaan pada masa lepas, beliau turut bertanya tentang elaun sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

"Berdasarkan pengalaman, saya ingin tahu sama ada jika saya menerima tawaran itu, saya diharapkan untuk menjalankan tugas itu dengan percuma.

Tugas itu adalah tugas menteri dan pegawai-pegawainya. Adalah tidak adil jika mereka meminta saya dan ahli-ahli jawatankuasa membuat kerja mereka dengan percuma sedangkan mereka menerima gaji," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, isu gaji bukan sebab beliau menolak tawaran sebagai pengerusi JKMPKA kerana penolakan dibuat sebelum menerima sebarang jawapan termasuk mengenai elaun.

"Sehingga ke hari ini pun saya tidak menerima apa-apa jawapan kepada surat saya, kerana ia sudah tidak berkenaan lagi," katanya.

"Apa yang saya tekankan ialah pertahankan Perlembagaan kita, baiki apa yang tidak betul dalam lingkungannya. Kuman di kaki jangan letak di kepala," kata Abdul Hamid.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan