Nasib 5 Bersaudara Terbela Tanda Arwah Istimewa

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 2:00 AM

Lima beradik yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya Mei lalu tidak rela dipisahkan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya dapat rasakan kedua-dua arwah begitu istimewa  hinggakan kerajaan dan masyarakat tampil menjaga anak-anak mereka," kata Zainah Mohd Zain.

Beliau yang juga adik kepada Jefri Mohd Zain, 50 yang maut dalam kemalangan langgar lari yang turut mengorbankan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40, Mei lalu.

Pasangan ini meninggalkan lima cahaya mata berusia antara tiga hingga 16 tahun yang kini dijaga Zainah serta dua lagi adik Jefri.

Kata Zainah lagi, sejak pemergian abang dan kakak iparnya, pelbagai pihak tampil memberi bantuan.

"Malahan, kediaman abang kini lebih selesa selepas pelbagai pihak membantu membaik pulih dan menggantikan perabot dengan yang baharu.

"Syukurlah, kini anak-anak arwah dapat hidup dengan lebih selesa," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di NSTP (M) Bhd di sini, malam Selasa.

Selain itu, kata Zainah, keprihatinan ramai juga terbukti apabila keluarganya  sering dijemput untuk menghadiri majlis pada Ramadan.

"Semuanya rezeki anak-anak arwah," katanya.

Muhyiddin beramah mesra bersama Mohammad Haikal Jefri (kiri) dan adik-beradiknya. 


Lima bersaudara itu juga menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban kewangan mereka.

Pihak JKM juga menyampaikan bantuan berterusan sehingga lima kanak-kanak itu berusia 18 tahun, selain sesi kaunseling untuk memastikan emosi mereka stabil.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan pengamal media dan blogger di majlis berbuka puasa di Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP), di sini.

Ini merupakan kali kedua majlis seumpamanya diadakan timbalan perdana menteri di syarikat konglomerat media yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab dan Pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaafar.

Turut hadir Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada 78 orang anak yatim dari empat buah sekolah di sekitar Selangor sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah selepas berbuka puasa.

Tags / Kata Kunci: adik-beradik , yatim piatu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan