Gempur Skim-Anti Piramid

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sehari selepas operasi skim anti-piramid yang dikendalikan oleh seorang jutawan Cina, yang mendakwa dirinya individu terkaya di dunia, Zhang Jian diharamkan kini dua premis mereka pula diserbu pihak berkuasa. 

Operasi yang dijalankan semalam melihatkan ibu pejabat mereka di Setia-Walk, Puchong, di sini dan pejabat mereka di George Town. 

Lebih daripada 10 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu pejabat di Puchong pada pukul 11.30 pagi semalam dan merampas dua buah motosikal, mesin menguruskan badan, komputer riba, kemeja-T dan beberapa barangan yang mempunyai pelekat yang memaparkan wajah Zhang Jian.

Pegawai berkenaan turut merekodkan kenyataan daripada mereka yang berada di premis berkenaan termasuk tiga pekerja Myanmar dan beberapa ahli baru menyertai skim berkenaan. 

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata kementerian telah menyiasat syarikat tersebut dan mendapati ia bertentangan dengan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Pemilik skim berkenaan hanya mahu mendapat keuntungan semata-mata, tambahyna. 

Di bawah Akta tersebut, jika didapati bersalah, seorang individu atau syarikat berdepan dengan denda maksimum RM10 juta atau lima tahun penjara. 

Hasan turut memberi amaran agar syarikat lain yang menawarkan skim yang serupa segera menghentikan operasi mereka, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang masih berdegil. 


Pada Isnin, Ketua Setiausaha Kementerian KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad  bahawa skim tersebut telah diharamkan dan pihak berkuasa akan bertindak dengan menyita premis berkenaan. 

Di George Town, pihak penguatkuasa daripada dua agensi kerajaan telah menyerbu premis syarikat yang terletak di Jalan Tayvoy, namun mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana pejabat berkenaan telah ditutup. 

Pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) yang pertama tiba di lokasi kejadian diikuti dengan Jabatan Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Mereka mahu menyemak sama ada premis tersebut mempunyai lesen yang sah. 

Rosli Abdullah daripada MPPP berkata mereka dapat untuk memeriksa dan melihat sama ada pengusaha mempunyai permit yang sah. 

"Permit diperlukan sekiranya pemilik rumah mahu menjadikan premis mereka untuk kegunaan komersil. Kami di sini untuk menyemak sama ada mereka mempunyai dokumen yang sah," katanya. 

Tags / Kata Kunci: skim anti piramid , Zhang Jian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan