Amal Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mengamalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadan ini, iaitu dengan makanan yang manis serta mudah hadam sebaik berbuka puasa. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata makanan yang manis serta mudah dihadam seperti kurma, buah-buahan atau jus dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.

"Masyarakat juga dinasihatkan melewatkan waktu bersahur, sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak dengan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau oat supaya berasa kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata kewujudan pelbagai juadah yang tersedia sepanjang Ramadan boleh mempengaruhi masyarakat untuk melupakan seketika amalan makan secara sihat.

"Antara amalan baik yang boleh dilakukan adalah menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib," katanya.

Dr Noor Hisham berkata selain mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh membekalkan serat, elakkan daripada makan masakan pedas dan berempah yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut sewaktu berpuasa.

Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana kedua-dua jenis makanan ini segera dihadam dan menyebabkan cepat berasa lapar, katannya.

Beliau berkata masyarakat juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi untuk mengurangkan rasa haus dan minuman berkafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Beliau berkata pilihlah snek yang ringkas semasa moreh, seperti sandwic, yogurt, roti dan biskut yang dimakan bersama segelas susu dan minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan makan secara sihat, sila layari laman sesawang bahagian pemakanan di nutrition.moh.gov.my atau portal MyHEALTH di www.myhealth.gov.my.
Tags / Kata Kunci: sihat , Ramadan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan