Tweet 'Hitler' Tidak Serius - Bung Mokhtar

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 2:17 PM

Bung Mokhtar Radin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mempertahankan 'tweet' Hitler  sambil menambah mereka yang menyerangnya di laman sosial itu bertindakn secara sengaja memandangkan diriya seorang wakil rakyat.

Bung berkata sebagai peminat pasukan Jerman beliau sangat gembira dengan kekalahan 7-1 yang dialami Brazil pada saingan separuh akhir Piala Dunia dan tidak salah untuknya membuat perbandingan dengan Adolf Hitler.

"Saya tidak tahu apa yang salah dengan masyarakat seperti ini. Hitler adalah sebahagian daripada sejarah pasukan Jerman untuk bangkit dan menang besar seperti beliau," katanya kepada The Star Online pada Rabu.

Pada pagi Rabu, sebaik sahaja berakhir perlawanan Jerman menentang Brazil yang menyaksikan negara tembok Berlin itu berjaya menyingkirkan Brazil 7-1 dalam saingan Piala Dunia, Bung menghantar tweet yang berbunyi, "Tahniah! Panjang Umur Hitler."

Hitler merupakam pemimpin Nazi Jerman sejak 1933 hingga 1945, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam perang yang menghancurkan jutaan pengikut Yahudi.

Tweet Bung tersebar meluas menyebabkan warga sosial mengutuk tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan beliau didakwa 'tidak sensitif dan tidak berakal'. 

"Saya fikir masyarakat hari ini perlu menukar tahap pemikiran mereka. Apa juga yang saya 'tweet' mereka akan menghentam saya. 

"Mereka tidak hanya menghentam saya kerana Hitler, tapi hanya kerana saya Bung Mokhtar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bung Mokhtar , Hitler

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan