Bajet 2015: Komuniti India Tidak Dilupakan

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 11:13 PM

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (dua, kiri) menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Perlindungan Qaseh anjuran Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED)pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet 2015 tidak akan mengetepikan peruntukan untuk memperkasakan komuniti India di negara ini, kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan tidak pernah lupa kepada golongan itu.

"Perdana Menteri begitu mengambil berat hal berkaitan masyarakat India di negara ini dan usaha untuk memperkasakan komuniti ini sentiasa diberi perhatian.

"Dan saya percaya akan ada peruntukan khusus dalam bajet tahun depan untuk komuniti India," katanya ketika berucap di majlis buka puasa anjuran Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (Seed), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, malam Rabu.

Turut hadir Pengerusi Seed, Datuk Ragu Subramaniam.

Seed ialah unit yang ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Masyarakat India di JPM pada 2012.

Mohd Irwan berkata, penubuhan Seed dua tahun lalu juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyalurkan maklumat tepat berkaitan masalah yang dihadapai komuniti India negara ini.

"Menerusi usaha ini, pelan tindakan khusus untuk komuniti India akan lebih fokus dan melengkapkan pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 pada pertengahan tahun depan, selain memastikan komuniti India mendapat manfaat daripada usaha kerajaan," katanya sambil menambah dana menerusi pelbagai agensi disediakan untuk memastikan usahawan India terus mendapat sokongan untuk memulakan perniagaan.

Menolak tanggapan bahawa masyarakat India masih ditakuk lama dan terbabit dalam pelbagai gejala negatif seperti samseng, katanya, kerjasama yang dibentuk Seed dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan SME Bank wajar diperkukuhkan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sedang merangka usaha untuk membentuk mekanisme terbaik untuk memantau keberkesanan program yang dijalankan untuk golongan itu.

"Seperti yang selaku saya katakan kepada Perdana Menteri, jika mahu melahirkan negara berpendapatan tinggi, kita perlu lebih inovatif dan kreatif.

"Oleh itu, mekanisme pemantauan ini penting diletakkan bawah satu bumbung bagi memastikan setiap dana yang diperuntukkan itu sampai kepada masyarakat India yang memerlukan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan