Jabatan Penjara Sasar Jualan Kuih Raya RM1.5 Juta

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 6:26 PM

Sebahagian daripada banduan di Penjara Kajang yang sedang menyiapkan produk kuih raya. Foto S.S.KANESAN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Jabatan Penjara menyasarkan peningkatan jualan produk kuih raya keluarannya yang dihasilkan banduan seluruh negara mencecah RM1.5 juta tahun ini.

Timbalan Komisioner Penjara Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara, Datuk Mohd Sakeri Dollah berkata, tahun lalu penghasilan produk itu mencatatkan RM1 juta.

Katanya, produk kuih raya itu dihasilkan menerusi komitmen sebahagian daripada 11,000 banduan yang mengikuti latihan kemahiran di 12 penjara di seluruh negara.

“Terdapat 42 jenis kuih raya, 18 makanan ringan dan tujuh makanan sejuk beku,” katanya pada sidang media dalam Lawatan Media Sempena Ramadan dan Sambutan Aidilfitri oleh Penghuni Penjara di Penjara Kajang di sini, Rabu.

Antara penjara yang melaksanakan latihan kemahiran itu ialah Alor Setar, Seberang Prai, Tapah, Kluang dan Pengkalan Chepa, selain Penjara Wanita Kajang dan Kota Kinabalu.


Mohd Sakeri Dollah.

Sebelum ini, jabatan itu menyasarkan jualan pelbagai produk keluarannya mencapai RM25 juta tahun ini, berbanding RM21.5 juta tahun lalu.

Semua produk keluaran penjara akan dipasarkan dan dijual berdasarkan permintaan, pameran dan laman web rasmi jabatan.

Mohd Sakeri berkata, produk makanan itu diperakui Kementerian Kesihatan dan memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, setiap banduan yang menghasilkan produk itu akan diberi insentif dalam bentuk kewangan selepas dibebaskan.

“Bagi banduan baharu belajar di dalam latihan akan dibayar dari 60 sen sehingga 80 sen sehari. Mereka yang mahir akan diberi minimum RM2.50 sehari,” katanya.

Mohd Sakeri meninjau ruang pengeluaran produk kuih raya yang dihasilkan oleh banduan.

Mengenai cadangan menaikkan kadar insentif bantuan, Mohd Sakeri berkata, ia kini dalam peringkat kajian untuk mempertimbangkan cadangan itu.

“Kita sudah membincangkannya dalam perancangan kerana harga barang semakin tinggi dan kos sara hidup juga tinggi,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan