12 Kawasan Catat IPU Sederhana Setakat 8 Pagi

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya adalah baik kecuali 12 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana itu ialah Bakar Arang, Sungai Petani (53), Balok Baru, Kuantan (54), Cheras (54), Seremban (55), Nilai (57), Port Dickson (60), Putrajaya (61), Petaling Jaya (61), Shah Alam (69), Kuala Selangor (67), Banting (68) dan Pelabuhan Klang (76).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.
Tags / Kata Kunci: JAS , IPU

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan