Kerajaan Johor Dijangka Bentang Enakmen Alam Sekitar Negeri Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 11:35 AM

Ayub Rahmat.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor dijangka membentangkan Enakmen Alam Sekitar Negeri tahun depan bagi membolehkan proses kajian alam sekitar dan penentuan pelaksanaan pembangunan di negeri ini dilakukan dengan cepat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata enakmen itu, bagaimanapun, masih dalam peringkat perbincangan dan kajian yang sedang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar serta Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen).

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ada bertitah tentang keperluan Johor mempunyai Enakmen Alam Sekitar sendiri.
 
"Kita juga sedang mendapatkan pandangan penasihat undang-undang untuk melihat kesesuaian dengan Perlembagaan Malaysia dan undang-undang di peringkat negara sebelum Johor melaksanakan Enakmen Alam Sekitar sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjurannya, di sini, malam tadi.

Ayub berkata Enakmen Alam Sekitar Negeri itu lebih berkisar tentang keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) terhadap projek pembangunan tanah yang hendak dilaksanakan.

Ayub berkata sebelum ini, sebarang cadangan atau permohonan EIA dan DEIA perlu dihantar kepada kerajaan pusat untuk kelulusan dan dikatakan menyebabkan kelewatan sehingga mengganggu sesuatu proses pembangunan.
 
"Jadi, cadangan untuk menubuhkan Enakmen Alam Sekitar Negeri ini adalah dengan harapan Jabatan Alam Sekitar Johor dan kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk mengkaji potensi EIA atau DEIA dan memutuskan sesuatu projek itu boleh diteruskan atau tidak," katanya.

Sultan Johor ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, Mei lepas, bertitah untuk Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sultan Ibrahim mahu penjagaan alam sekitar dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri selain mempercepatkan projek pembangunan tanah di negeri itu. 

Sementara itu, mengenai perkembangan denggi di negeri itu, Ayub berkata kes denggi semakin membimbangkan apabila lebih 1,500 kes dicatatkan di Johor sejak awal tahun sehingga kini yang melibatkan 15 kematian berbanding tujuh kematian bagi tempoh yang sama, tahun lepas.

Beliau meminta pakar yang mengkaji sikap manusia supaya memberikan pandangan mengenai sikap masyarakat yang tidak menganggap denggi sebagai penyakit serius.

Tags / Kata Kunci: Ayub Rahmat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan