'Pengembara' Sanggup Tidur di CIQ

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 7:30 AM

Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru dibuka sebagai hab pengangkutan pada 2008. Bagaimanapun kini ia dijadikan kompleks untuk 'pengembara' tinggal sebelum pergi bekerja di seberang tambak.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

JOHOR BARU: Setiap hari golongan 'pengembara' ini sanggup bersesak-sesak dengan orang ramai yang ingin masuk ke seberang tambak di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru di sini. 

 Kumpulan 'pengembara' dari Malaysia ini selalunya tiba tepat pada masanya dan ada yang sanggup beratur seawal pukul 5 pagi. 

Sebaik sahaja melepasi semakan kastam dan imigresen, mereka akan menaiki bas dan bergerak ke Singapura. 

Memalukan: Sebahagian daripada gelandangan ini tidur di kawasan menunggu di JB Sentral. 

Kebanyakan daripada kumpulan ini bekerja sebagai pekerja kilang dan tukang bersih pejabat. 

Tamat sahaja waktu bekerja mereka akan pulang dan kembali ke kompleks CIQ bersama-sama pekerja Malaysia yang lain. 

Ini rutin kehidupan mereka pada setiap hari. 

Kumpulan 'pengembara' ini tidak akan meninggal Kompleks CIQ mereka menghabiskan masa daripada siang hingga ke malam di sini dan JB Sentral. 

Terdapat kira-kira 100 orang daripada kumpulan ini yangbekerja di Singapura telah berkali-kali dihalau daripada oleh pengawal keselamatan dan pihak berkuasa. 

JB Sentral yang mempunyai keluasan 89, 417 kaki persegi merupakan satu-satunya pintu keluar masuk ke kompleks tersebut dengan  kira-kira 300, 000 pengguna setiap hari. 

Dengan sebahagian daripada pekerja berulang alik menggunakan kompleks tersebut, kumpulan ini tetap berdegil dan tinggal di CIQ. 

Bagi mereka makanan tidak langsung menjadi masalah kerana terdapat 15 gerai makanan yang buka 24 jam sehari. 

Terdapat juga beberapa mesin ATM disediakan.

Seorang polis bantuan mengejut 'pengembara' yang tidur di surau. 

Kompleks CIQ Sultan Iskandar dibuka pada 2008 menjadikannya sebagai pintu keluar masuk bagi memproses dokumen yang baru. 

Kompleks berkenaan dan JB Sentral dijadikan sebagai hub pengangkutan bersepadu selatan.

Ketika pihak media cuba mendekati mereka bagaimanapun enggan bekerjasama. 

Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Sally, mendakwa dia sedang menunggu pasportnya dikeluarkan. 

"Saya tidak tinggal di sini, Saya hanya tunggu dokumen saya siap," katanya sebelum bergerak ke satu sudut di mana barangan peribadi seperti radio transitor, selipar, bedak disimpan. 

Beberapa pekerja  kedai serbaneka dalam JB Sentral mengesahkan bahawa wanita berkenaan telah tinggal di bangunan tersebut sejak dua minggu lalu. 

Seorang 'pengembara' lelaki menafikan dia mempunyai niat untuk tinggal di sana. 


Lelaki tersebut yang dilihat dalam keadaan tergesa-gesa dengan cepat meninggalkan kami dan pergi menyambung tidurnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan