Kes Pukul Anak Di Sweden: Azizul Bebas Petang Ini

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang Rabu (waktu Malaysia).

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

"Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana. Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.

"Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke Malaysia," katanya.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara apabila masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Januari lepas.

Mereka pulang ke Malaysia pada 31 Januari lepas dan kini dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.

Hamzah berkata kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara.
Tags / Kata Kunci: Sweden , Azizul Raheem Awalludin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan