Kes Pukul Anak Di Sweden: Azizul Raheem Dibebaskan Petang ini

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang ini (waktu Malaysia).

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi pada rabu.

"Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana. Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.

"Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke Malaysia," katanya.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara apabila masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Jan lepas.

Mereka pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.

Hamzah berkata kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara.


Tags / Kata Kunci: Sweden

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan