Tiga NGO Serah Memorandum Bantahan Isu Pusat Judi Lumba Kuda

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 4:44 PM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM)
menyerahkan memorandum bantahan itu dengan diiringi oleh 10 ahlinya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin disaksikan Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah dan Presiden LPPM Abdul Aziz Ismail.

Amir Amsaa berkata, memorandum itu antara lain mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menghentikan pembinaan pusat judi lumba kuda itu.

Beliau berkata alasan diberikan pihak pemaju bahawa pembinaan pusat judi ini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penduduk Melayu setempat melalui kaji selidik dijalankan oleh sebuah universiti tempatan adalah tidak berasas dan tidak relevan.

"Pembinaan pusat judi lumba kuda ini akan membawa kesan buruk kepada masyarakat negara ini, di mana kita masih dibelenggu oleh masalah perjudian yang sehingga sekarang masih tidak boleh diatasi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Amir Amsaa berkata pihaknya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, Khamis lepas berkenaan isu ini.

Tags / Kata Kunci: pusat judi , lumba kuda , MB Selangor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan