PLUS Bakal Tawar Lebih 10 Peratus Rebat Tol Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka menikmati rebat tol lebih daripada 10 peratus pada hari terpilih sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. 


Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol yang akan diumumkan pada 21 Julai ini akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara eletronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG di lebuh raya kendalian PLUS.

"Dengan adanya rebat, memang banyak boleh jimat, khususnya masa musim raya ini orang melakukan perjalanan jarak jauh, jadi bila jarak jauh tol yang kita bayar lebih banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk kepada pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Subang, di sini, Isnin.

Noorizah juga berkata langkah itu adalah sebahagian daripada strategi pengurusan untuk melancarkan lalu lintas dan menggalakkan orang ramai supaya melakukan perjalanan pada hari tidak sesak.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak penguat kuasa akan bekerjasama dengan pihak PLUS untuk membantu mengendalikan trafik dengan lebih lancar sepanjang musim perayaan.

"Pihak PLUS akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat untuk sama-sama bantu dan mencari jalan supaya kita dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya," katanya. 

Dalam pada itu, Noorizah mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan balik kampung untuk berhari raya mereka berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang akan dikeluarkan PLUS tidak lama lagi.

Sempena musim perayaan ini, PLUS menjangkakan lalu lintas di lebuh raya dalam rangkaiannya akan mencecah antara 1.5 hingga 1.6 juta kenderaan sehari, namun demikian pihak PLUS akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keadaan trafik lebih teratur dan tersusun.

Sementara itu, selain di Plaza Tol Subang, pihak PLUS turut mengagihkan 10,000 bungkus bubur lambuk Masjid Kampung Baru kepada pengguna lebuh raya menerusi Plaza Tol Jalan Duta, Sungai Besi dan Batu Tiga.

Pengedaran bubur lambuk itu sebagai penghargaan PLUS kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan lebuh raya kendalian syarikat itu.
Tags / Kata Kunci: PLUS , rebat tol

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan