Bajet 2015: Cadangan Pelepasan Cukai Terhadap Ibu Bapa Pembayar Cukai

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 10:49 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengusulkan agar pelepasan cukai diberikan untuk ibu bapa individu pembayar cukai, bagi mengurangkan beban anak-anak yang menjaga kedua-dua orang tua mereka.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata jumlah pelepasan itu masih di peringkat kajian, di mana kertas kerja mengenainya akan dihantar ke Kementerian Kewangan akhir bulan ini.

"Jika sempat kita nak masukkan ia ke dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara di sini, Selasa.

Rohani berkata dengan langkah itu juga diharap lebih ramai anak-anak yang berusaha menjaga sendiri ibu bapa mereka dan tidak memasukkan mereka ke dalam mana-mana pusat penjagaan warga tua.

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata peluang pekerjaan kedua wajar diberi kepada warga emas yang sudah pencen tetapi masih sihat dan aktif, bagi memanfaatkan pengalaman mereka sambil memberikan pendapatan.

Sambil meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) meneliti perkara itu, beliau berkata ia adalah lebih wajar daripada menggaji pekerja asing.

Katanya warga emas yang berminat untuk mempelajari kursus kemahiran seperti jahitan dan lukisan boleh mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di mana-mana Kolej Komuniti di seluruh negara dengan bayaran RM5.

Sehingga kini terdapat 53,904 warga emas mendaftar di lebih 80 kolej tersebut di seluruh negara sejak tahun 2010, katanya.

Rohani berkata kementerian juga akan mengusulkan agar aktiviti khidmat masyarakat oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang diadakan bersama warga emas dimasukkan sebagai jam kredit pengajian mereka.

Beliau berkata cadangan berkenaan pernah diutarakan dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara, dan akan meminta jawatankuasa kecil Kementerian Pendidikan mengkaji cadangan tersebut.

"Saya juga nak cadangkan daripada seawal sekolah rendah lagi kita banyakkan aktiviti dibuat bersama warga emas sehingga ke universiti," katanya.

Rohani berkata pada tahun ini juga Hari Warga Emas akan disambut bersama Hari Kanak-Kanak dengan tema "Melangkau Generasi" bagi memupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara generasi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan