Remaja Putus Semua Jari Akibat Main Mercun - Berita Semasa | mStar

Remaja Putus Semua Jari Akibat Main Mercun

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: "Saya jumpa mercun itu di tepi jalan dan saya ambil untuk bakar. Tiba-tiba ia meletup di tangan saya," kata seorang remaja yang hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola Sabtu lalu.

Abu Bakar Nasir, 17, dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Dia merupakan mangsa kedua akibat bermain mercun di Kelantan selepas kejadian pertama Jumaat lepas yang dialami seorang pelajar tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang yang putus tiga jari tangan kanan apabila mercun botol yang dinyalakannya meletup.

Abu Bakar dikatakan terjumpa mercun itu ketika mahu ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat tarawih, kira-kira 8.30 malam.

"Saya tidak menyangka mercun itu meletup sebaik sumbunya dibakar," katanya kepada pemberita di hospital.

Ibunya Che Limah Harun, 53, berkata anaknya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas terlebih dulu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam sebelum dirujuk ke HRPZII petang Isnin.

"Dia hilang semua jari tangan kanan dan dia kini stabil," katanya.


Tags / Kata Kunci: mercun
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan