Festival George Town Disenarai 9 Acara Terbaik Di Asia

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 8:32 AM

Para pengunjung melawat Masjid Kapitan Keling yang menjadi salah satu tempat menarik untuk dilawati di George Town, P.Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Festival George Town (GTF) telah disenaraikan oleh majalah gaya hidup dalam talian di Bangkok, BK Magazine Online sebagai salah satu daripada sembilan acara terbaik di Asia yang bakal diadakan.

Pengarah GTF, Joe Sidek berkata festival itu akan berlangsung mulai 1 hingga 31 Ogos ini.

Kesemua sembilan acara yang disenaraikan dijadualkan diadakan di lokasi-lokasi di Asia dari sekarang hingga September ini.

Acara dan peristiwa lain yang disenaraikan oleh majalah itu yang yang diterbitkan pada Jumaat ialah Festival Filem Antarabangsa Melbourne di Art Centre Melbourne, Australia (31 Julai-17 Ogos), Gion Matsuri di Kyoto, Jepun (1-29 Julai), AIA Real Life: NOW Festival di Kompleks Sukan Stadium Utama di Seoul (15-16 Ogos), Summer Sonic di Tokyo dan Osaka, (16-17 Ogos), Festival Bunga Api Antarabangsa Pohang di Hyeongsangang Sports Park, pantai utara Yeongildae dan lokasi lain di Pohang, Korea Selatan (31 Julai-3 Ogos), Festival Rock Fuji di Resort Ski Naebi, Niigata, Jepun (25 -27 Julai), Festival Seni Antarabangsa Singapura di Singapura (21 Ogos-21 September) dan Formula 1 Singapura di Marina Bay Street Circuit (19-21 September).

Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan pemilihan oleh majalah itu sebagai "sesuatu yang sangat positif bagi Pulau Pinang".

"Kredit yang diberikan adalah milik rakyat Pulau Pinang. Ia adalah bakat mereka.

"Kita boleh menjadi baik dalam bidang seni, budaya dan warisan dan kita boleh berasa bangga dengan seni dan budaya di Pulau Pinang," kata Lim selepas merasmikan sambutan ulang tahun keenam Tapak Warisan Dunia Unesco George Town di Dewan Bandaran Pulau Pinang, Isnin.

Dengan bertemakan 'Living Legacies', sambutan warisan tahun ini mempamerkan kraf tradisional di George Town yang telah diturunkan kepada generasi masa kini.

Terdahulu dalam ucapannya, Lim berkata tema itu adalah wajar kerana ia membantu memupuk penghargaan terhadap peniaga kraftangan tradisional.

"Kita amat bernasib baik kerana masih mempunyai banyak peniaga dan tukang seni yang masih mengamalkan seni dan kraf tradisional," katanya.


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan