Tesco Lancar Koleksi Makanan di 46 Rumah Kebajikan

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 2:30 AM

Kanak-kanak kurang bernasib baik daripada sembilan rumah kebajikan yang menyertai program Kasih Ramadan.

(Ubah saiz teks)

KOLEKSI makanan yang terdapat di bawah inisiatif Kasih Ramadan anjuran Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd turut diperkenalkan di 46 cawangan Tesco di seluruh negara. 

Kebanyakan barang makanan yang dikumpulkan terdiri daripada barangan yang tidak mudah rosak dan ia dihantar kepada 46 rumah kebajikan di seluruh negara. 

"Ini merupakan program makanan terbesar yang diadakan di negara ini dan ia sejajar dengan matlamat kami untuk membuat perubahan dalam kehidupan manusia setiap hari. 

georg fisher
Fischer (kiri) dan Rohani mengacau bubur lambuk sementara chef Husin Ali (tengah) hanya memerhatikan mereka. 


"Kami mensasarkan untuk mengutip barangan makanan bernilai sehingga RM500,000. Sebagai permulaan Tesco menyumbangkan barangan bernilai RM50,000," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer. 

Bukan itu sahaja, pasar raya besar ini turut menyediakan 60,000 cawan air tembikai segar kepada polis dan balai bomba serta 23 cawangan di seluruh negara. Ini merupakan sumbangan tambahan yang diberikan selain memberikan bubur lambuk dan kurma. 

"Usaha ini bagi menggalakan masyarakat mengamalkan makanan yang sihat sepanjang Ramadan," kata Fischer. 

Dalam program Kasih Ramadan yang dianjurkan Tesco mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut hadir pada majlis perasmian yang diadakan di Tesco Ara Damansara baru-baru ini. 

Tesco Stores akan mengedarkan lebih daripada 60,000 cawan air jus tembikai segar melalui program 'Juice on Wheels' sepanjang bulan Ramadan ini. 


Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; 
dan Pengerusi Lembaga Penasihat Tesco, Datuk Seri Mohamed Abid.

"Saya fikir dengan penganjuran program sebegini sangat mudah diterima kerana ia dapat menggalakan rakyat Malaysia supaya membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya. 

"Tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh syarikat swasta amat dialu-alukan kerana kerajaan tidak dapat membantu semua orang," katanya. 

Rohani turut mencadangkan agar Tesco dan pasar raya tempatan menyediakan peluang kerja lebih banyak kepada golongan kurang upaya. 

"Terdapat kira-kira 400,000 penerima bantuan JKM, 50 peratus daripada mereka  ini sangat aktif dalam usaha pembungkusan dan mengutip troli. 

"Kami mahu golongan kurang upaya yang produktif dan mereka mampu bekerja hingga usia 60 tahun. Saya mahu lihat lebih ramai pihak tampil membantu golongan ibu tunggal," kata Rohani. 

Acara berkenaan berakhir dengan 'Sahur Charity Sweep' di mana sembilan daripada rumah kebajikan terpilih diberikan wang bernilai RM1,000 untuk memberi barangan dalam tempoh 15 minit. 

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan