PM Meriahkan Majlis Berbuka Puasa KSN

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 11:52 PM

Najib bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada majlis berbuka puasa KSN di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya, malam Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam Isnin turut hadir bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Ketua Setiausaha Negara Tan SriDr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini.

Turut hadir isteri Ali,Puan Sri Rohani Abdullah yang juga Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan.

Ali yang juga Penasihat Puspanita kebangsaan dan isteri turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM187,600 daripada Puspanita kepada 276 orang daripada enam rumah anak-anak yatim dan dua rumah warga emas.

Antaranya termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih, Rumah Bakti Nur Syaheera, Pertubuhan Kebajikan Anak Islam, Kluang, Johor dan Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.

Setiap institusi berkenaan menerima sumbangan bernilai RM20,000, manakala penghuninya pula menerima duit raya berjumlah RM100 setiap seorang di samping sepasang baju raya untuk setiap anak yatim.

Sebanyak 660 tetamu termasuk anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir sama pada majlis berkenaan.

Najib bersama tetamu lain turut menunaikan solat Maghrib dan kemudiannya Isyak dan solat sunat tarawih.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , buka pusa , KSN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan