Penduduk Kg Selamat Sambut Baik Pemberian Vaksi Kawal JE

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Penduduk Kampung Selamat, di sini menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan mempertimbangkan pemberian vaksin untuk mengawal penularan virus Ensefalitis Jepun (JE) di kawasan yang terdedah kepada risiko jangkitan virus itu.

Seorang penduduk Normah Ismail, 35, berharap perkara itu dapat dipercepatkan terutama kepada bayi, kanak-kanak, murid sekolah dan warga emas kerana golongan berkenaan mudah terdedah kepada virus berkenaan.

Katanya pemberian vaksin itu memang tepat pada masanya terutama ketika ini penduduk Kampung Selamat semakin bimbang dengan jangkitan virus itu.

"Lebih cepat lebih bagus kerana virus itu membabitkan nyawa penduduk di sini, kami juga bimbang jika virus itu menjangkiti orang lain pula.

"Macam saya ada tiga anak yang bersekolah dan seorang lagi anak berusia dua tahun, setiap hari saya dan suami risau keadaan mereka sehingga terpaksa 'mengurung' mereka dalam rumah kerana bimbang digigit nyamuk," katanya pada Isnin.

Rabu lepas, Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12 disahkan dijangkiti virus yang sama dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru dekat sini.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, George Town dekat sini, yang kini dalam proses pemulihan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Johari Ahmad, 47, berkata pemberian vaksin bukanlah penyelesaian kepada masalah penduduk di Kampung Selamat, terutama berkaitan bau busuk dan longkang tersumbat, akibat sistem perparitan ladang babi di situ yang tidak diselenggara dengan baik.

Beliau berharap satu tindakan segera terutama daripada kerajaan negeri dapat diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk di Kampung Selamat kerana mereka sudah tidak tahan dengan bau busuk dari ladang babi berkenaan.

"Memang pemberian vaksin itu bagus dan baik tetapi ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah kami di sini, bau busuk dari ladang babi semakin teruk.

"Sudah sampai masanya kerajaan negeri pindahkan semua ladang-ladang itu ke kawasan lain terutama tempat yang tiada penduduk," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini berkata Kementerian Kesihatan mempertimbangkan pemberian vaksin di kawasan berisiko terdedah jangkitan JE sebagai langkah untuk mengawal penularan virus itu.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata pemberian vaksin melibatkan kos tinggi dan kementerian perlu menilai pelbagai aspek sebelum melaksanakan pendekatan itu.


Tags / Kata Kunci: JE

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan