Pelancong Turut Beratur Dapatkan Makanan Percuma - Rohani

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 6:27 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelancong turut mengambil makanan percuma yang disediakan oleh Soup Kitchens, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, pelancong menyertai golongan gelandangan yang beratur (untuk mendapatkan makanan) kerana mereka tidak tahu makanan tersebut disediakan untuk golongan berkenaan.

"Mereka fikir Malaysia begitu murah hati dalam memberi makanan (percuma) kepada semua orang," katanya selepas mesyuarat mengenai program latihan kemahiran untuk belia wanita di sini.

Rohani berkata, beliau mencadangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan Soup Kitchens supaya mengagihkan makanan tersebut di tempat yang lebih sesuai berbanding di jalanan.

"Walaupun saya bersyukur kerana mereka memberikan makanan kepada golongan gelandangan, saya memberitahu mereka dengan melakukannya di jalanan, orang lain turut beratur untuk mendapatkan makanan itu.

"Ini menggagalkan tujuan itu," katanya.

Pada minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan larangan terhadap Soup Kitchens berada dalam lingkungan 2 kilometer dari kawasan Lot 10 di Bukit Bintang.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan