MB Selangor Nafi Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:29 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang tersebar di laman sosial sejak malam Ahad.

Beliau berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

"Tidak benar...saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu lagi mesyuarat petang ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perancangan negeri di Bangunan Darul Ehsan (SUK II) di sini, Isnin.

Abdul Khalid mengulas penyebaran maklumat di aplikasi Whatsapp bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana pagi Isnin bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya sama ada tindakan penyebaran maklumat palsu itu merupakan serangan peribadi terhadapnya, beliau berkata walau apapun sebabnya, maklumat itu tidak benar dan individu yang melakukan perkara itu hanya membuang masa. 

Abdul Khalid meminta individu berkenaan menghentikan tindakan penyebaran maklumat palsu itu. 

Ditanya kemungkinan ia dilakukan lawannya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menjawab: "Bulan puasa saya tidak boleh cakap benda yang tidak betul." 

Terdahulu, pihak media berkumpul di hadapan Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di sini susulan penyebaran maklumat itu. 

Bagaimanapun, selepas menunggu hampir dua jam mereka bergegas ke Bangunan Darul Ehsan selepas mendapat maklumat Abdul Khalid sedang menghadiri mesyuarat perancangan negeri di situ. 

Ketika menunggu Menteri Besar selesai mesyuarat, pihak media sekali lagi dikejutkan dengan berita terkini (flash) kononnya daripada Bernama bahawa Abdul Khalid telah meletak jawatan dan tempatnya digantikan dengan Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad. 

Bernama bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ia telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

Iskandar, yang turut hadir pada mesyuarat sama, ketika ditemui pemberita juga menafikan berita itu. "Tidak benar...ia hanya khabar angin," katanya.

Abdul Khalid kini dikatakan menerima tekanan daripada beberapa pimpinan PKR secara terbuka yang mahukan beliau meletak jawatan Menteri Besar. 

Jumaat lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebagai berkata peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR pada 15 Januari lalu. 

Ini bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Mac lalu. 


Tags / Kata Kunci: MB Selangor , letak jawatan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan