Kerajaan Jalankan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Loji Tenaga Nuklear - Mah

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 9:48 PM

Mah Siew Keong

Mah Siew Keong.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong.

Menteri yang baharu dilantik dan bertanggungjawab menyelia Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) itu berkata kajian komprehensif termasuk penerimaan masyarakat, adalah perlu selain mendapatkan input daripada pakar dan pertubuhan bukan kerajaan.

"MNPC akan mengkaji dan mengetuai usaha membina loji tenaga nuklear di Malaysia untuk menyediakan tenaga dalam tempoh jangka panjang dan mapan pada masa depan.

"Kerajaan akan mengkaji semuanya daripada aspek keselamatan bagi pembinaan loji tenaga nuklear. Kajian keblehlaksanaan itu juga termasuk penerimaan masyarakat dan menggubal kerangka kerja peraturan. 

"Kami akan menjadikan semuanya telus. Kami akan memaklumkan kepada masyarakat," kata beliau pada sidang media di pejabat beliau di Menara Usahawan di sini, Isnin.

Mah berkata kajian kebolehlaksanaan itu akan dibentangkan kepada Kabinet. 

Kerajaan dilaporkan berkata pada Disember 2010 bahawa ia bercadang untuk membina dua buah loji tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, dengan sebuah loji dibina menjelang 2021 dan loji kedua setahun kemudian.

Insiden letupan di loji nuklear Fukushima di Jepun pada 2011, yang menyebabkan pencemaran radiasi telah menimbulkan kebimbangan masyarakat mengenai risiko tenaga nuklear.
Tags / Kata Kunci: loji nuklear , Mah Siew Keong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan