PKR: Laksana Sistem Pendaftaran Pengundi Automatik

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: PKR yang dilanda masalah dalaman dan dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti mereka sendiri baru-baru ini mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pakai sistem pendaftaran pengundi automatik.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata terdapat lebih daripada 4.5 juta rakyat di negara ini yang belum didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau mendakwa selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lalu, SPR menghalang parti politik daripada mendaftarkan pengundi baru.

Tambah Choong ia merupakan sebab berlakunya pengurangan pendaftaran jumlah pengundi.

Choong berkata pada suku pertama tahun lepas, terdapat kira-kira 105,000 pengundi baru dan lebih daripada 49,700 didaftarkan pada suku kedua.

Bagaimanapun beliau menambah bahawa terdapat hanya kira-kira 21,700 pengundi baru pada suku ketiga dan kurang daripada 18,700 pada suku keempat berjaya didaftarkan.

"Pendaftaran automatik warganegara yang mencapai umur 21 tahun akan membantu meningkatkan bilangan pengundi yang layak di negara ini," kata Choong kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai isu itu kepada SPR di Wisma Persekutuan di sini pada Ahad.
Tags / Kata Kunci: SPR , PKR , Pendaftaran Pengundi Automatik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan