Tiada Keperluan Hapus Ladang Babi, Jangkitan JE Perlu Dikawal

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 11:14 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Tiada keperluan untuk menghapuskan ladang babi di Pulau Pinang berikutan jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu tetapi jangkitan virus itu perlu dikawal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata ini kerana melalui ujian sampel darah yang dilakukan terhadap 181 sampel darah yang diambil dari 20 buah ladang babi di sekitar kawasan Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang, didapati negatif virus itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah perkara yang sama harus dilakukan sebagaimana kira-kira 1,700 babi dihapuskan pada tahun 1998 kerana virus Nipah yang mengakibatkan lebih 100 orang yang dijangkiti virus itu meninggal dunia. 

"Virus ini berbeza dengan virus Nipah iaitu epidemik (sekali sekala) manakala JE adalah endemik iaitu sentiasa ada cuma yang beza menular atau tidak dan kita juga perlu kawal virus tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dengan penggantinya Datuk Mohd Arif Ab Rahman, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian. 

Ismail Sabri berkata bagaimanapun kawalan serta pemantauan masih dijalankan bukan hanya kepada ladang babi tetapi kesemua ladang haiwan yang terdapat di Pulau Pinang serta seluruh Malaysia. 

"Walaupun babi paling banyak dikaitkan dengan virus ini tetapi kementerian tidak menolak virus ini boleh datang dari haiwan lain," katanya.

 Rabu lepas, Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif. 

Sebelum itu, seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, turut disahkan dijangkiti virus yang sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas. 

Terdahulu dalam majlis itu Mohd Hashim, 60 yang bersara wajib hari ini menyerahkan tugasan tersebut kepada Mohd Arif, 57 dan yakin KSU baru ini mampu melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemerlang.

Sementara itu, Mohd Arif berkata antara perkara yang akan diteliti ialah mengenai kewangan kementerian sebagai contoh akan mendapatkan laporan daripada semua ketua agensi berhubung peruntukan projek yang tidak digunakan. 

"Jabatan yang tidak melaksanakan perbelanjaan ikut program kena akui kegagalan dan menyerahkan kembali peruntukan tersebut kepada Kementerian Kewangan," katanya. 
Tags / Kata Kunci: ladang babi , JE

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan