Perkhidmatan Monorel Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah Dijamin Selamat - DBKL

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd pada Ahad memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.

Beliau berkata setelah melakukan beberapa ujian, DBKL berpuas hati dengan keadaan keselamatannya dan kini terserahlah kepada Rapid Rail Sdn Bhd untuk membuat penilaian muktamad tentang keselamatan laluan itu sebelum menyambung kembali perkhidmatan monorel.

"Kami telah membuat ujian terhadap kekuatan tiang monorel dan selepas ini, DBKL akan memberi fokus terhadap ujian struktur bawah tanah pula," katanya apabila dihubungi Bernama, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan susulan berikutan kejadian dua lubang benam di persimpangan Jalan Imbi pada Rabu.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, sebahagian daripada terowong bawah tanah sepanjang 35 meter dengan empat lorong yang dibina bagi mengurangkan kesesakan di persimpangan Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter akibat pergerakan tanah.

Berikutan kejadian itu, perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah digantung.
Tags / Kata Kunci: monorel , Jalan Imbi , Jalan Hang Tuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan