'Malware' Berleluasa Menerusi Aplikasi Piala Dunia, Mampu Curi Data

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perisian berniat jahat (Malware) akan mencuri maklumat apabila anda memuat turunnya melalui telefon pintar dan demam Piala Dunia adalah masa yang terbaik untuk memerangkap mangsa.

Ramai peminat bola sepak kini menerima masuk semua jenis berita, gambar dan video Piala Dunia melalui telefon pintar mereka dan terdapat juga sejumlah besar aplikasi mudah alih yang ditawarkan untuk menarik perhatian jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna, beberapa aplikasi dikatakan mempunyai program tersembunyi yang mampu mencuri data peribadi pengguna sebaik sahaja aplikasi tersebut dimuat turun pada telefon, terutamanya yang tidak dikawal perisian pihak ketiga.

Syarikat keselamatan internet, Trend Micro telah mengesan 375 aplikasi Piala Dunia berniat jahat yang boleh membaca SMS dalam telefon anda, menentukan lokasi anda, mendapatkan senarai nombor telefon kenalan anda, dan menghidupkan kamera tanpa pengetahuan anda.

Pengarah Perundingan Serantau di Trend Micro, Victor Lo  berkata 'malware' ini yang akan mencuri maklumat anda tanpa disedari dan penggodam boleh cuba untuk mengakses akaun bank anda atau menyamar sebagai pemilik telefon. 

"Tidak ada mesej pop-up yang memberitahu anda tentang salinan senarai kenalan anda atau apa-apa tindakan seperti itu sedang dilakukan," tegasnya.

"Satu-satunya cara untuk mengetahui jika 'malware' ada pada telefon anda ialah dengan menggunakan perisian keselamatan telefon mudah alih untuk mengesannya."

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab,  memberi amaran bahawa sesetengah perisian berniat jahat ini boleh mengambil alih kawalan telefon anda untuk menghantar SMSnya sendiri atau secara automatik memasang aplikasi berniat jahat yang lain pada peranti.

"Aplikasi telefon mudah alih adalah cara yang paling mudah untuk seorang penggodam memerangkap mangsa," katanya.

Beliau berkata CyberSecurity memantau beberapa aplikasi untuk telefon bimbit berasaskan Android yang didapati telah mengeksploitasi faedah yang besar melalui Piala Dunia.

Tetapi menurut beliau, Piala Dunia bukan satu-satunya tempoh yang digunakan penggodam untuk menipu pengguna supaya memuat turun program yang ditawarkan mereka.

Katanya, kebiasaannya, mana-mana acara atau peristiwa besar yang menarik minat orang ramai boleh dieksploitasikan, seperti kehilangan pesawat MH370, Piala Thomas atau pertandingan American Idol di Amerika Syarikat.

Agensi itu telah menerima 532 laporan mengenai kebimbangan 'malware' daripada pengguna di Malaysia dan merekodkan 1,295,728 'jangkitan malware' sehingga Mei, katanya. 

CyberSecurity dan Trend Micro menasihatkan pengguna telefon pintar untuk lebih berhati-hati terhadap aplikasi yang dimuat turun.
Tags / Kata Kunci: malware , PIala Dunia , perisian penggodam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan