Tangkapan Individu Terbabit Militan Bukti Kerajaan Peka Kegiatan Pelampau

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 2:31 PM

Datuk Dr Wan Junaidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha menangkap individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini bukan sesuatu yang baharu malah ia merupakan bukti betapa kerajaan peka dengan kegiatan pelampau, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bagaimanapun, katanya, sejak pendedahan mengenai tangkapan individu disyaki terbabit kegiatan militan dilaporkan media, ia seolah-olah menggambarkan kegiatan itu baharu sahaja dapat dibongkar.

"Adalah tidak benar bahawa kerajaan hanya bertindak sekarang, kerajaan memang ada mengambil langkah risikan, tindakan dan tangkapan dari dahulu lagi (yang merupakan) bukti kerajaan peka dengan aktiviti pelampau ini", katanya kepada Bernama di sini Ahad. 

Katanya, dakwaan sesetengah pihak kononnya keupayaan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lemah juga tidak benar apabila menyatakan mereka yang terbabit baharu sahaja ditangkap.

"KDN dan khususnya PDRM mempunyai keupayaan membuat risikan...Sekarang risikan dari Cawangan Khas telah dipertingkatkan untuk menjaring kerjasama serantau dan badan risikan negara-negara antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pendedahan yang berlaku sekarang disebabkan keadaan semasa dan minat media kepada perkara berkenaan yang menjadi perbincangan umum.

Wan Junaidi menjelaskan berdasarkan undang-undang sedia ada polis tidak boleh membuat penahanan untuk pencegahan sebaliknya perlu mengumpul bukti mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dituduh di mahkamah.

Katanya kegiatan militan dan keganasan seperti ini mampu memberi ancaman kepada negara sekiranya tiada tindakan tegas, pemantauan rapi dan kerjasama rakyat keseluruhannya.

"Ini bukan lagi masalah KDN dan polis semata-mata tetapi ia merupakan masalah negara yang perlu penglibatan semua pihak sama ada dalam Kerajaan atau tidak. 

"Aktiviti pelajar-pelajar sama ada di sekolah atau di universiti mestilah di pantau... sebarang aktiviti yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya. 

Ditanya mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan, Junaidi berkata kumpulan itu sebenarnya tidak membuat penilaian terperinci berhubung perjuangan pihak mana yang mendapat bantuan dan sokongan mereka dan sama ada ia akan mendatangkan kebaikan kepada ummah keseluruhannya.

Menurut Junaidi, apa yang menjadi kebimbangan adalah individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan ini telah mendapat latihan berperang dan pengetahuan ini akan dibawa ke negara ini.

"Kita risau kerana pemikiran mereka ini boleh membawa satu ancaman terbesar kepada negara, ini termasuk mempengaruhi belia-belia kita.

"Jadi apa yang penting sekarang kita pantau bukan sahaja yang kita syaki tetapi melalui risikan-risikan daripada agensi keselamatan luar negara sendiri," katanya.

Sambil melahirkan rasa hairan berhubung tindakan individu terpelajar terbabit dalam kegiatan militan, Junaidi berkata: "Ini apa yang kita panggil sebagai kecenderungan, di mana mereka cenderung dan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka mahu".

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada tahun ini, polis menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan militan di Selatan Filipina dan negara Timur Tengah.

Terbaru, lima individu diburu disyaki terbabit kegiatan militan iaitu Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil.

Usaha membanteras militan kian mencabar bagi polis setelah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi kesan kepada pihak penguat kuasa membanteras kegiatan itu di negara ini.

Ini kerana di bawah SOSMA, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu dituduh di mahkamah selepas tempoh itu.
Tags / Kata Kunci: militan , pelampau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan